Hari ini iaitu 15 Oktober 2009 merupakan ulangtahun perkahwinan kali ke 2. jadi tahun ni genap 2 tahun usia perkahwinanku. ingat lagi pertemuan pertama aku dengan suamiku iaitu 8 Mac 2005. masa tu aku kena pergi temuduga pengesahan perlantikan di Putajaya. masa tu la kami berkenalan. setahun kami berkenalan, kami bercinta. Jun 2009, kami bertunang dan 15 Oktober tahun yang sama.

harapanku kini, hubungan kami akan bahagia selamanya. sekarang ni kami bahagia sangat. terutamanya dengan kehadiran syasya haziqah.


Pada 12 Oktober hingga 14 Oktober, aku kena menghadiri Kursus Pengurusan Bahan digital dalam p&p di Institut Bahasa Antarabangsa. fuh, kebanyakkan yang datang adalah Guru Perpustakan & Media. semuanya lebih kurang 25 orang. kami semua dari daerah Gombak. mula2 bila aku dapat surat pada jumaat sebelum tu, pening gak aku pk nak pegi dengan apa tapi nasib baik kawan aku call iaitu Kak Suzi dan kata aku boleh tumpang dia. lega hatiku. terima kasih k.suzi.

pada hari pertamaku hingga hari ke tiga kursus tu, fuh aku rasa seronok sangat. yela, aku diajar membuat powerpoint yang mengandungi vidoe. kami diajar macam mana nak ambil sebahagian daripada vcd untuk dimasukkan dalam movie marker. kami juga diajar nak buat video. banyak la kami belajar. semua tu menarik minat aku nak mendalaminya. aku ni, bab menggunakan komputer aku syok je. yela, aku boleh buat video aku sendiri. aku kalau kursus yang dapat menambah ilmu aku seperti bahan digital ni, aku minat sangat.

bila kursus ni, aku dapat hilangkan semua tension semasa berada di sekolah. aku tenang sangat dan asyik nak belajar buat video sendiri. harap2 ilmu yang aku dapat tu akan aku ingat sebab aku ni nak try buat untuk sekolah aku dan diri aku. aku dah plan dah nak buat video pasal aktiviti sekolah dan video anakku syasya la.

selama 3 hari ni dapat la aku siapkan satu video untuk syasya yang mengandungi video dan gambat syasya. En Sulaiman iaitu pensyarah yang mengajar aku pun kata 'ok' moviemaker yang aku buat mengenai syasya.

tapi sepanjang kursus ni, aku tak boleh lupa satu peristiwa yang berlaku kat aku. pada hari kedua kami kursus, aku dan kawan2 perempuan lain masuk awal dalam lab. apa lagi, bila nampak komputer aku pun mula la projek aku nak siapkan movie marker aku. aku ni nak masukkan lagu dalam movie aku tu. jd aku pun pakai headphone. kejap lepas tu, kak Hanim yang disebelah aku tanya aku pasal nak buat movie tu. aku pun ajarla dia. pastu dia tanya aku lagi, aku tak dengar aku pun cakap 'hah!!!'. kejap tu, aku tengok semua orang gelakkan aku. aku pelik tapi tiba2 aku baru teringat aku tengah pakai headphone, sebab tu la aku tak dengar. yang tambah lucu lagi, kak hanim pun pakai gak headphone. jd kami sama2 tak dengar. jadi, bila kami perasan benda tu, kami pin buka headphone, apa lagi kami pun gelak lajuga. hehe, malu besar aku dengan kak hanim. nasib baik budak lelaki tak ada, kalau tak habis la kami.
sekarang ni, bila aku ingat benda tu, aku pun gelak sorang2. yela, kami berdua cakap kuat2 sebab tak dengar sedangkan telinga tersumbat dengan headphone....hehe.
ni la gambar kenangan aku semasa berkursus ni. syok kursus ni.
ni pulak kawan - kawan yang berkursus bersama-sama aku.
semasa kami berkursus di IBA tu, kebetulan ada pameran mengenai negara Jepun. jadi alang-alang aku lalu, aku tumpang gak tengok sikit. aku tengok mereka di ajar cara buat sushi, bestnyer tapi aku ni tak reti makan sushi. aku gak tengok ada orang belajar pakai kimono dan lain2 lagi. apapun, ok gak mengetahui serba-sedikit mengenai kebudayaan negara lain.



Emm, lama tak update blog ni. yela busy sangat. kerja di sekolah sebagai GPM memang banyak. lagipun aku baru jd GPM, jadi banyak yang tak tau. tah la, tahun ni la merupakan tahun yang paling sukar sepanjang kerjaya aku. lagipun sebagai seorang isteri dan ibu, kat rumah aku kena bagi tumpuan pada mereka. tah la........sabar jela.

okay la, tak nak cite pasal sedih, nak cita pasal benda hapy je.

tahun ini, aku raya di perak, rumah mak aku. tahun ni raya tak syok sangat kerana Along raya diklaantan rumah suaminya. jd boring la sikit. tapi apapun aku dapat raya dengan mak aku. yang paling syok masa nak raya ialah aku sibuk pk baju syasya ni. baju kurung yang aku tempah untuk raya 2 pasang dia tak siap, nasib baik ada baju yang tak pakai lagi. sebelum ni, aku pun dah tempah 2 pasang baju kurung untuk dia.

malam raya tu, sibuk la aku gosok baju dia dan pk mana satu dia nak pakai lu. baju kurung ke baju gaun. pk punya pk, aku rasa baik baju kurung yela kan sopan sikit. cuma tak syoknya, tahun ni kami satu family tak sedondon.

pagi raya tu, aku bangunkan syasya pagi2. aku mandikan dan pakai baju kurung untuk dia. aku ikat rambut dia. fuhhhh, comel betul anak aku ni. geram aku tengok...

apapun, pagi raya ni suamiku dan mak aku pegi solat raya pastu kami pegi beraya rumah pakcik aku. tu jela aktiviti hari raya aku. saudara tak ramai kat sini. kalau kat kelantan mesti meriah. tak cukup masa nak tawaf satu family.. tak pela..

apapun, selamat hari raya la pada umat Islam


Cuti ni aku balik perak dan kelantan. perak rumah mak aku dan kelantan pulak rumah suamiku. aku ni syok nak balik kelantan kerana nak pi beli barang. yela, barang-barang di sini semua murah dan menarik. tapi yang tak syoknya, suamiku ni tak nak pi tempat yang sesak dengan orang. katanya kasihan kat Syasya panas. tah la, tapi aku nak juga membeli barang. tapi bila pk-pk, betul gak. sekarang ni penyakit H1N1 semakin merebak. takut gak. dalam hati aku teringin nak pi Pasar Siti Khadijah dan Wakaf che Yeh kerana banyak baju dan kain tudung. tah la.

apapun, selamat bercuti kepada semua guru-guru sekolah dan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN.



Fuh, syok betul Syasya main jongkang-jongkit ataupun dipanggil ' coknget-cakdong' dalam loghat kelantan. masa abahnya bawak ke taman dalam kawasan kip tu, dia mula menjerit gembira. macam tak sabar-sabar nak main. tengok la gambar tu, siap mulut muncung lagi menandakan dia main dengan penuh perasaan. ehhh, anak dara sorang ni bab main nombor satu. tu tak boleh jalan lagi. bila boleh jalan, mesti dia pi main sendiri la kat taman tu. sekarang ni, bila mama dan abah free je boleh bawak main di taman tu. apapun. selamat bermain la syasya. mama sayang syasya.



Seronok betul aku tengok gelagat Syasya ni. yela, masa tu aku tengok tv. tiba-tiba Syasya merangkak ke arah buai Adam. masa tu, Adam tengah tido dalam buai. yang Syasya ni pulak, mungkin terlampau rajin kot, dia pun buai Syasya. yang aku nak gelakkan, dia kan rendah. masa nak buai Adam, buntut dia naik turun. yela, sambil buai Adam, dia nak tengok Adam dalam buai. eeeee, Syasya ni,lawak betul. dia tolong buai Adam ni dengan penuh khusyuk. harap-harap bila Syasya ada adik nanti, rajin macam ni la. tolong jaga adik Syasya ye.




Ni la sekolah yang aku pi melawat. aku pi melawat kerana aku GPM di sekolah aku. lawatan ni anjuran PKG Kuang. jadi, semua GB an GPM di sekolah zon kuan pi melawat SMK Trolak. sekolah ni menang sekolah harapan negara. sekolah ni memang cantik. tahniah.


Pada 14 Julai 2009, genaplah usia syasya setahun. aku dan suamiku sambut birthday syasya dengan sederhana sahaja. aku belikan syasya gaun dan suamiku belikan kek untuk syasya. lagipun bagi kami buat apa sambut besar-besaran. syasya bukan tahu apa-apa pun. kami rasa gembira tengok syasya dah setahun. dia dah boleh merangkak, faham apa yang kami cakap dan panggil kami 'mama' dan 'abah'. cuma syasya ni tak boleh berjalan lagi. tak pe la, tunggu jela. lagipun kata orang, budak yang cepat tumbuh gigi, lambat jalan. syasya masa umur 6 bulan dah tumbuh gigi. mungkin sebab tu lambat jalan. tak pela, yang penting dia dah boleh berdiri.
ni la suasana masa harijadi syasya. ni gambar dia dengan adam iaitu anak kakak suamiku. mereka beza 5 bulan tapi adam lagi besar dari syasya.
ni pulak , gambar syasya dengan abah. abah syasya ni bagitau, perempuan yang paling dia sayang adalah anak perempuannya iaitu syasya. aku ni dah jadi perempuan kedua yang dia sayang. sabar jela.
ni pulak kenangan kami bergambar. kebetulannya, ari tu aku ada tusyen, jedi aku ajak la izzahayati, alia dan aina untuk makan kek harijadi syasya.

apapun, kami berharap syasya akan jadi anak solehah, baik, sopan santun, rajin, pendai dalam pelajaran dan berjaya dalam hidup tanpa melupakan ibubapanya. amin.



Syasya dengan abah dan amar tengah posing dalam walker. tersengih-sengih syasya kalau bab bergambar. yela, manja dengan abah.
ni pulak syifa dengan abangnya amar. amar ni baik dan sayang kat adiknya syifa. gambar ni masa umur syifa n syasya dalam 9 bulan. nanti besar syasya n syifa kawan elook-elok ya.




Geram betul aku tengok syasya pakai tudung. g\comel. dengan ppinya yang tembam.......hehe. mama harap anak mama ni bila besar jadi anak yang solehah. amin.



mama dan abah belikan syasya walker. ni kerana nak ajar syasya berjalan. kata orang, bila baby diletakkan dalam walker, ia akan melatih kaki baby kuat. jadi, ini akan memudahkan mereka berjalan. syasya ni masa dalam walker aktif betul. kejap dengan walker ni dia pi dalam bilik, dapur n semua tempat. bagi aku, bila ada walker ni senang sikit, bila aku nak buat kerja rumah seperti masak, syasya ada di samping aku dalam walker. jd, tak bimbang la dia main benda bukan2 kerana dia ada depan mata. harap-harap syasya cepat jalan ye.



Tengok la aksi syasya ni, gedik betul. syasya suka buat aksi macam-macam. kadang-kadang mama dan abah syasya tak tahan gelak. makin besar, makin banyak yang dia belajar. tepuk tangan, jelir lidah, buat macam orang geram dan yang paling syok sekali bila dia mula menyebut perkataan 'mama' dan 'abah'. tapi syasya ni tak ada selera nak makan sangat, tu yang bimbang sikit. takut dia kurang berat, bahaya pulak untuk pembesaran dia. apapun, anak mama ni cepat-cepat besar ye.



Syasya masa ni lebih kurang 9 bulan. dia dah boleh merangkak. em, sekarang ni aktif betul dia. tak menang tangan nak jaga dia. yela, asyik ke hulu hilir. bimbang gak takut jatuh. mata pulak suka tengok tv. ni la masa yang paling penting nak kena jaga betul2.



Syasya masa ni baru nak belajar merangkak. masa ni dia berumur lebih kurang 8 bulan. syasya ni kalau bab bergambar, suka betul dia. siap tersenyum lagi. bila aku balik kerja, tengok dia senyum, hilang penat sikit. syasya ni manja sangat la, asyik nak berkepit dengan mama je. love u syasya.



Hari ni masa aku makan, tiba2 aku tgk seorang yang macam pernah aku tgk. emmm, aku terus ingat bahawa wanita ni adalah bekas pensyarah aku di IBMM. namanya ialah Che Zainon. orangnya tetap lawa macam dulu. terkejut aku bila tahu tahun ni umurnya 52 tahun kerana mukanya macam muda daripada umurnya.

che zainon ni tak mengajar aku. cuma kami kenal masa aku menjadi wakil IBMM untuk pertandingan sempoa di MPKB pada tahun 2001. pada peringkat awal, aku diberitahu kami akan pergi dgn kapal terbang tp lepas tu tak jadi. kami pi dgn teksi. dah la teksi tu tak ada penghawa dingin, keta tu lama pulak. dlm perjalanan teksi tu siap mati enjin lg. dr pagi kami bertolak ke kl sampai malam di kb.

tula pengalaman aku. kalau tak pi sana, mesti tak jumpa dgn Che zainon ni. wajahnya tak berubah langsung, makin cantik adalah.


Pada 7 Jun 2009, adik tiri aku iaitu nita telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan khairul iaitu budak sekampung aku. mereka ni bercinta masa di sekolah menengah lagi. mungkin dah memang mereka dijodohkan bersama, jadi mereka pun diijab kabulkan. moga mereka bahagia selamanya.
ni suasana semasa majlis persandingan nita. syasya n sepupunya amar sempat posing lagi. yang perempuan bertiga tu anak buah aku dan di sebelahnya gambar kakak aku dan familynya.

ni pulak gambar aku, suamiku dan syasya bersama nita.


ni la kenangan semasa majlis akad nikah n majlis persadingan nita.




ni abah dgn adam


aksi syasya yg lebam di kepala kerana jatuh. kasihan kat syasya, bengkak dahinya. tp kalau bab bergambar suka betul dia.






cuti sekolah telah bermula. tiba-tiba suamiku dapat panggilan yang adiknya sakit dan berada di hospital setiwan. jd, kamipun buat eputusan p ke setiawan pada 30 mei iaitu ari jumaat.


ni la first time kami pi setiawan ni dari kl. jadi, jalan tu kami tak tau sgt.




pukul 7 malam kami sampai di setiawan, lebih kurang 4 jam perjalanan. kat sana amie, abah, kak long dan abang long dh sampai. rupa-rupanya adik dh kluar dari hospital. syukur la.




kami tido di hotel di setiawan. kira ni macam kami bercuti la. kami dok setiawan 3 hari. ari ahad kami balik kl kerana keesokan harinya aku ada kelas tambahan utk murid tahun 6.




apapun best gak pi sana, cuma yg tak bestnya kami pi kejap je lumut kerana masa tak mencukupi. tak pe la, lain kali blh pi lg.





18 Mei ni merupakan hari yang gembira buat aku kerana di SKSB telah diadakan sambutan hari guru peringkat sek. best, banyak acara yg dipertandingkan seperti pecah belon, baling tin dan kukur kelapa. aku masuk 2 acara je iaitu baling tin dan pecah belon. yg syoknya, dua-dua acara ni aku telah menang. syok betul la. tapi yang paling syok ari ni ialah aku dapat tau aku dapat ptk band 4. tu la yg paling best. apapun syukur alhamdullilah. ni gambar kenangan masa main baling tin. pasukan aku iaitu guru sesi pagi lawan dgn guru sesi petang. penat betul main.lgpun guru2 lelaki ni hiperaktif. main langgar je. sakit kepala aku kena bola tp nasib baik bola 2 lembut. bila main permainan ni ingat masa kecil2 dulu. syok.


ni pulak masa persembahan. aku join je walaupun tak reti menari. main hentam je. tp ingat lagi masa single dlu, tiap2 tahun mesti aku join persembahan hari guru kecuali tahun lepas je krn aku mengandung. so, lepas bersalin join la balik.hehe.



Emm, pada 17 mei adalah hari jadi aku. kebetulan hari tu hari ahad, so syok la cuti. suami aku bawak aku pi jalan2. katanya nk belikan hadiah tp ari tu aku tak boleh buat pilihan nk hadiah apa. suami aku bawak p kedai hp tp aku ni mana la reti nk pilih hp mana. jd, aku suruh la suami aku pilih. last2, dia belikan hp sony G 705. malam 2, dia belikan kek. k la tu, apapun tima kasih abg.





emm, lama tak update blog. tah tiba2 teringat masa mula2 berkenalan dgn ezane..............
8 mac 2005, aku kena pi temuduga di Putrajaya. masa tu 2 la aku berkenalan dgn ezane. aku ingat lg, ezane mula2 minta sukatan bm dgn aku, jd dia perlukan no hp aku la nk contact. so, aku pun bg la. bila habis temuduga, aku pi la tunggu bas dgn along. along tu kwn tempat blaja ezane. masa kami tgh tuggu bas, tiba2 along ckp ezane sambil bawak motor sempat lg menjeling kat aku. hehhe.. nasib baik la jalan clear. along kata macam ada apa2 je.. aku masa 2 tak kisah sgt la.
Keesokan harinya, ezane dtg tempat aku kerja nk ambil sukatan bm 2. kawan2 aku semua mengusik, yela, semlm p temuduga dpt pakwe. aku senyum je. lepas hari tu, ezane selalu msj aku dan kami kawan.
Hampir 6 bulan la kami kawan, kami makin rapat tapi kami tak bercinta pun. ezane pun tak pernah ckp dia cintakan aku cuma melalui caranya memang la nampak dia syok aku. tp aku tak nak pk bukan2 lg. lama2 tanpa kami sedar, kami bercinta.
Tapi akhir tahun 2005 tu, pakcik aku suruh aku kawin dgn saudara isterinya. pakcik aku bg masa seminggu je nk pk. aku masa 2 tgh pening nk buat pilihan. ezane masa 2 tak bersedia utk jumpa keluargaku bgtau pasal hub kami kerana katanya takut pilihan keluarga aku lebih baik berbanding dirinya. ezane ckp dia akan ikut je kputusan aku. aku mana ada keputusan. aku frust gak masa 2 jd tanpa pk panjang, aku ikut jela kta pakcik aku. lgpun, pakcik aku kta kalau nk berkat kena ikut kata ibubapa dan dulu aku dh buat kesilapan dlm memilih pasangan. 3 hari lepas 2, keluarga lelaki 2 dtg merisik dan ktanya lpas 3 bulan terus kawin. fuhhh, cepat betul. aku masa 2 tawakal jela.
2 minggu lepas 2, ezane bg msj katanya dia menyesal tak pertahankan aku. la, masa ni la aku pening balik. byk la aku pk, boleh ke aku kawin dgn org yg aku tak kenal dan cinta. dlm hati aku masih syg kat ezane. lepas tu, aku pun buat keputusan, aku tak nak pilih dua2. aku tak nak kawin tanpa perasaan cinta. lepas 2, aku call pakcik n mak aku ckp aku tak nk kawin. apa lagi, teruk gak aku kena marah. aku kasihan gak kat lelaki tu tp nk wat mcm ne. nasib baik keluarga lelaki tu boleh terima. aku ingat lg masa kluarga lelaki tu dtg rumah aku, katanya org tua tak boleh paksa anak-anak kawin kalau dia tak suka. lega sikit aku kerana keluarga lelaki tu faham tapi lelaki tu macam marah gak kat aku. tah la, memang aku salah pun. sepatutnya, dulu aku tegas kalau tak nak.
lepas tu, aku & ezane pun kawan balik tp kawan biasa je. 6 bulan kemudian barula kami bercinta balik. masa tu, aku tgk ezane btul2 komitment dgn hub kami. tp aku tak nk mengharap sgt, takut frust lg. aku betul2 percaya pada ezane masa dia p jumpa mak aku. masa 2 dia bgtau mak aku yg dia serius dgn aku.
Jun 2007, kami bertunang dan pada 15 Oktober 20007 iaitu Hari Raya Ketiga kami berkahwin. sekarang ni, kami dh ada seorang cahya mata yg manja.
Apapun, aku bahagia dgn pilihanku dan aku harap kami akan berbahagia bersama hingga akhir hayat.









Nila Tok Mek Syasya. ini ibu aku. mak aku ni orangnya lembut tapi kadang2 bg aku sikap lembut mak aku telah membuat adik-adik aku tak dengar cakap. tah la........
apapun, tok mek yg jaga syasya masa kecil tp sekarang ni syasya tak nak dgn tok mek. bila je tok mek dukung syasya terus nangis.
syasya ni memang ngada2 skit.



Syasya dh berumur 4 bulan. amboi, aku tgk dia happy je. mudah senyum ikut mama dia. hehe. mukanya bulat. abah syasya kata muka syasya ni ikut muka dia masa kecil. apalagi, jelous la aku ni. abah dia kata lagi, mata syasya cantik sama mcm mata dia. jd bg aku, semua yg syasya cantik tu ikut dia, kalau yg tak cantik tu ikut aku. amboiiii, sabar jela. tp bila tgk gambar suamiku masa kecil memang ada iras syasya. tah la, apapun kalau syasya ikut muka abah dia ok gak. kata org sejuk skit hubungan kami....... mana2 la.
yg penting bila syasya besar jd anak yg baik n tak lupakan ibubapa.



Pada Raya Puasa 2008, kami sekeluarga beraya di KB iaitu rumah suamiku. tahun ini merupakan paling bermakna bagi aku kerana tahun ni aku beraya bertiga iaitu dgn kehadiran Syasya. jd, status aku dh bertukar kepada isteri dan ibu. harapanku agar kami sekeluarga akan bahagia selamanya.



yg ni mak su syasya. dia adik suamiku. sekarang dia dia keja di perak. dia dlu blajar d sabah.
apapun, keja baik2 tau. nanti mai le jenguk syasya kat sini.


Intan ni anak buah aku. kiranya dia sepupu la dgn Syasya. gambar ni diambil masa Disember 2008. aku pegi rumah kak Ta di Seremban.


Emm, masa ni syasya berumur 3 bulan. ni pertama kali kami balik ke kelantan sejak syasya lahir sempena Hari Raya Puasa. kali ni, giliran beraya di rumah suamiku. lgpun, semua saudara di kelantan nk tgk syasya.
syasya ni kalau bak bergaya mcm tau2 je. siap posing lg. apapun, mama dan abah sayang syasya. nanti jd anak yg solehah tau.


Masa ni syasya kecil lg. aku balik Behrang. apalagi, semua dok sibuk nak main dgn syasya la. syasya jd perhatian la. tp syasya ni klu bak bergambar minat betul dia. 2 gambar dia dgn faris. faris ni anak adik aku iaitu ema. dia berumur 5 tahun.



Ni Syasya dgn Ema. Ema ni adik aku. dia ni kawin dulu dr aku sebab 2 anak dia dah berumur 5 tahun tapi Syasya baru nak masuk setahun. nak wat mcm ne, jodoh dia sampai awal. Apapun, bila Mak Lang Syasya ni nak tambah baby?



bestnye Syasya n Syifa pi Hot Spring, Sg Klah, Perak. masa mula2 pi tu, Syifa tido. lepas tu baru bangun. Syasya pulak, asyik nak main air je. tak padan dgn kecil. tapi, nanti mereka ni besar, mungkin aku akan bawak lg. best kat sini, dah la cantik tempatnya. yg plg penting, tempat ni sesuai utk semua kategori.


amboi, mesranya Syasya dgn Cik Ta dia. Cik ta ni la yg mengasuh Syasya dr unur Syasya 2 bulan hingga 8 bulan. lepas tu, Cik Ta Syasya ni dah tak jaga Syasya kerana balik kg untuk persiapan kawin. Cik Ta ni akan kawin bulan Jun 2009 ni. apapun, Selamat Pengantin Baru. Moga bahagia selamanya.



Lebih kurang bulan Oktober 2008, Syasya demam. jd, aku dan suami bawak Syasya pi Klinik Mutiara di Bukit Rahman Putra. Masa kami masuk dlm klinik tu, kami tgk ada pengambaran. mula2 kami nk kluar semula tp mrk kata klu nk jumpa doktor blh masuk. jd, kami tunggu la dlm klinik tu.
Masa kami tunggu tu, Lisdawati dtg nk menyapa kami. dia tanya mengenai Syasya. aku pun jawab la. lepas tu, Lisdawati pi sambung berlakon & kami masuk bilik doktor. lepas jumpa doktor, kami tunggu di ruang legar klinik utk ambil ubat. masa tu, Sheila Mambo dtg pulak tgk Syasya. Dia siap dukung Syasya lg. lepas tu, apalagi, kami pun ambil lakesempatan utk bergambar.
pada pendapat aku, Lisdawati & Sheila Mambo ni baik gak, tak menyombong. dulu aku tak berpa minat sgt dgn Lisdawati tp bila jumpa dgn dia, terus aku minat. apapun, dia memanglayak menang 'Sehati Berdansa'. harap2 artis lain ni tak la menyombong. tiru la mcm mereka, barulah peminat sayang.



ni pulak mengenai syasya dan sepupunyanya iaitu anak kak long aku. Amar Najmi ni umurnya 5 tahun. ammar ni badan dia kecil je tp cerdik. dia dh boleh mengenal huruf. sebelum kawin aku memang rapat dgn dia. kalau pi mana2, dia mesti jalan dgn aku.
syifa amani pulak lahir pada tahun yg sama dgn syasya. cuma beza 3 minggu je. jd, aku & kak long pantang sama2. tp syifa ni lahir melalui pembedahan.
kesimpulannya, kira syasya & syifa ni sebaya la. harap2, nanti mereka ni akan jd orang yg berjaya dlm hidup.






Seronok kalau selalu dapat berkumpul bersama dengan keluarga. Tapi apa kan daya, kekangan masa tak dapat dielakkan. Cuti hari pekerja baru nie...dapatlah kami bersama-sama mandi-manda di Sungai Klah.....