Emm, lama tak update blog ni. yela busy sangat. kerja di sekolah sebagai GPM memang banyak. lagipun aku baru jd GPM, jadi banyak yang tak tau. tah la, tahun ni la merupakan tahun yang paling sukar sepanjang kerjaya aku. lagipun sebagai seorang isteri dan ibu, kat rumah aku kena bagi tumpuan pada mereka. tah la........sabar jela.

okay la, tak nak cite pasal sedih, nak cita pasal benda hapy je.

tahun ini, aku raya di perak, rumah mak aku. tahun ni raya tak syok sangat kerana Along raya diklaantan rumah suaminya. jd boring la sikit. tapi apapun aku dapat raya dengan mak aku. yang paling syok masa nak raya ialah aku sibuk pk baju syasya ni. baju kurung yang aku tempah untuk raya 2 pasang dia tak siap, nasib baik ada baju yang tak pakai lagi. sebelum ni, aku pun dah tempah 2 pasang baju kurung untuk dia.

malam raya tu, sibuk la aku gosok baju dia dan pk mana satu dia nak pakai lu. baju kurung ke baju gaun. pk punya pk, aku rasa baik baju kurung yela kan sopan sikit. cuma tak syoknya, tahun ni kami satu family tak sedondon.

pagi raya tu, aku bangunkan syasya pagi2. aku mandikan dan pakai baju kurung untuk dia. aku ikat rambut dia. fuhhhh, comel betul anak aku ni. geram aku tengok...

apapun, pagi raya ni suamiku dan mak aku pegi solat raya pastu kami pegi beraya rumah pakcik aku. tu jela aktiviti hari raya aku. saudara tak ramai kat sini. kalau kat kelantan mesti meriah. tak cukup masa nak tawaf satu family.. tak pela..

apapun, selamat hari raya la pada umat Islam


This entry was posted on 5:19 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: