Pada 14 Julai 2009, genaplah usia syasya setahun. aku dan suamiku sambut birthday syasya dengan sederhana sahaja. aku belikan syasya gaun dan suamiku belikan kek untuk syasya. lagipun bagi kami buat apa sambut besar-besaran. syasya bukan tahu apa-apa pun. kami rasa gembira tengok syasya dah setahun. dia dah boleh merangkak, faham apa yang kami cakap dan panggil kami 'mama' dan 'abah'. cuma syasya ni tak boleh berjalan lagi. tak pe la, tunggu jela. lagipun kata orang, budak yang cepat tumbuh gigi, lambat jalan. syasya masa umur 6 bulan dah tumbuh gigi. mungkin sebab tu lambat jalan. tak pela, yang penting dia dah boleh berdiri.
ni la suasana masa harijadi syasya. ni gambar dia dengan adam iaitu anak kakak suamiku. mereka beza 5 bulan tapi adam lagi besar dari syasya.
ni pulak , gambar syasya dengan abah. abah syasya ni bagitau, perempuan yang paling dia sayang adalah anak perempuannya iaitu syasya. aku ni dah jadi perempuan kedua yang dia sayang. sabar jela.
ni pulak kenangan kami bergambar. kebetulannya, ari tu aku ada tusyen, jedi aku ajak la izzahayati, alia dan aina untuk makan kek harijadi syasya.

apapun, kami berharap syasya akan jadi anak solehah, baik, sopan santun, rajin, pendai dalam pelajaran dan berjaya dalam hidup tanpa melupakan ibubapanya. amin.



This entry was posted on 5:33 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: