Hari ni masa aku makan, tiba2 aku tgk seorang yang macam pernah aku tgk. emmm, aku terus ingat bahawa wanita ni adalah bekas pensyarah aku di IBMM. namanya ialah Che Zainon. orangnya tetap lawa macam dulu. terkejut aku bila tahu tahun ni umurnya 52 tahun kerana mukanya macam muda daripada umurnya.

che zainon ni tak mengajar aku. cuma kami kenal masa aku menjadi wakil IBMM untuk pertandingan sempoa di MPKB pada tahun 2001. pada peringkat awal, aku diberitahu kami akan pergi dgn kapal terbang tp lepas tu tak jadi. kami pi dgn teksi. dah la teksi tu tak ada penghawa dingin, keta tu lama pulak. dlm perjalanan teksi tu siap mati enjin lg. dr pagi kami bertolak ke kl sampai malam di kb.

tula pengalaman aku. kalau tak pi sana, mesti tak jumpa dgn Che zainon ni. wajahnya tak berubah langsung, makin cantik adalah.


Pada 7 Jun 2009, adik tiri aku iaitu nita telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan khairul iaitu budak sekampung aku. mereka ni bercinta masa di sekolah menengah lagi. mungkin dah memang mereka dijodohkan bersama, jadi mereka pun diijab kabulkan. moga mereka bahagia selamanya.
ni suasana semasa majlis persandingan nita. syasya n sepupunya amar sempat posing lagi. yang perempuan bertiga tu anak buah aku dan di sebelahnya gambar kakak aku dan familynya.

ni pulak gambar aku, suamiku dan syasya bersama nita.


ni la kenangan semasa majlis akad nikah n majlis persadingan nita.




ni abah dgn adam


aksi syasya yg lebam di kepala kerana jatuh. kasihan kat syasya, bengkak dahinya. tp kalau bab bergambar suka betul dia.






cuti sekolah telah bermula. tiba-tiba suamiku dapat panggilan yang adiknya sakit dan berada di hospital setiwan. jd, kamipun buat eputusan p ke setiawan pada 30 mei iaitu ari jumaat.


ni la first time kami pi setiawan ni dari kl. jadi, jalan tu kami tak tau sgt.




pukul 7 malam kami sampai di setiawan, lebih kurang 4 jam perjalanan. kat sana amie, abah, kak long dan abang long dh sampai. rupa-rupanya adik dh kluar dari hospital. syukur la.




kami tido di hotel di setiawan. kira ni macam kami bercuti la. kami dok setiawan 3 hari. ari ahad kami balik kl kerana keesokan harinya aku ada kelas tambahan utk murid tahun 6.




apapun best gak pi sana, cuma yg tak bestnya kami pi kejap je lumut kerana masa tak mencukupi. tak pe la, lain kali blh pi lg.





18 Mei ni merupakan hari yang gembira buat aku kerana di SKSB telah diadakan sambutan hari guru peringkat sek. best, banyak acara yg dipertandingkan seperti pecah belon, baling tin dan kukur kelapa. aku masuk 2 acara je iaitu baling tin dan pecah belon. yg syoknya, dua-dua acara ni aku telah menang. syok betul la. tapi yang paling syok ari ni ialah aku dapat tau aku dapat ptk band 4. tu la yg paling best. apapun syukur alhamdullilah. ni gambar kenangan masa main baling tin. pasukan aku iaitu guru sesi pagi lawan dgn guru sesi petang. penat betul main.lgpun guru2 lelaki ni hiperaktif. main langgar je. sakit kepala aku kena bola tp nasib baik bola 2 lembut. bila main permainan ni ingat masa kecil2 dulu. syok.


ni pulak masa persembahan. aku join je walaupun tak reti menari. main hentam je. tp ingat lagi masa single dlu, tiap2 tahun mesti aku join persembahan hari guru kecuali tahun lepas je krn aku mengandung. so, lepas bersalin join la balik.hehe.



Emm, pada 17 mei adalah hari jadi aku. kebetulan hari tu hari ahad, so syok la cuti. suami aku bawak aku pi jalan2. katanya nk belikan hadiah tp ari tu aku tak boleh buat pilihan nk hadiah apa. suami aku bawak p kedai hp tp aku ni mana la reti nk pilih hp mana. jd, aku suruh la suami aku pilih. last2, dia belikan hp sony G 705. malam 2, dia belikan kek. k la tu, apapun tima kasih abg.





emm, lama tak update blog. tah tiba2 teringat masa mula2 berkenalan dgn ezane..............
8 mac 2005, aku kena pi temuduga di Putrajaya. masa tu 2 la aku berkenalan dgn ezane. aku ingat lg, ezane mula2 minta sukatan bm dgn aku, jd dia perlukan no hp aku la nk contact. so, aku pun bg la. bila habis temuduga, aku pi la tunggu bas dgn along. along tu kwn tempat blaja ezane. masa kami tgh tuggu bas, tiba2 along ckp ezane sambil bawak motor sempat lg menjeling kat aku. hehhe.. nasib baik la jalan clear. along kata macam ada apa2 je.. aku masa 2 tak kisah sgt la.
Keesokan harinya, ezane dtg tempat aku kerja nk ambil sukatan bm 2. kawan2 aku semua mengusik, yela, semlm p temuduga dpt pakwe. aku senyum je. lepas hari tu, ezane selalu msj aku dan kami kawan.
Hampir 6 bulan la kami kawan, kami makin rapat tapi kami tak bercinta pun. ezane pun tak pernah ckp dia cintakan aku cuma melalui caranya memang la nampak dia syok aku. tp aku tak nak pk bukan2 lg. lama2 tanpa kami sedar, kami bercinta.
Tapi akhir tahun 2005 tu, pakcik aku suruh aku kawin dgn saudara isterinya. pakcik aku bg masa seminggu je nk pk. aku masa 2 tgh pening nk buat pilihan. ezane masa 2 tak bersedia utk jumpa keluargaku bgtau pasal hub kami kerana katanya takut pilihan keluarga aku lebih baik berbanding dirinya. ezane ckp dia akan ikut je kputusan aku. aku mana ada keputusan. aku frust gak masa 2 jd tanpa pk panjang, aku ikut jela kta pakcik aku. lgpun, pakcik aku kta kalau nk berkat kena ikut kata ibubapa dan dulu aku dh buat kesilapan dlm memilih pasangan. 3 hari lepas 2, keluarga lelaki 2 dtg merisik dan ktanya lpas 3 bulan terus kawin. fuhhh, cepat betul. aku masa 2 tawakal jela.
2 minggu lepas 2, ezane bg msj katanya dia menyesal tak pertahankan aku. la, masa ni la aku pening balik. byk la aku pk, boleh ke aku kawin dgn org yg aku tak kenal dan cinta. dlm hati aku masih syg kat ezane. lepas tu, aku pun buat keputusan, aku tak nak pilih dua2. aku tak nak kawin tanpa perasaan cinta. lepas 2, aku call pakcik n mak aku ckp aku tak nk kawin. apa lagi, teruk gak aku kena marah. aku kasihan gak kat lelaki tu tp nk wat mcm ne. nasib baik keluarga lelaki tu boleh terima. aku ingat lg masa kluarga lelaki tu dtg rumah aku, katanya org tua tak boleh paksa anak-anak kawin kalau dia tak suka. lega sikit aku kerana keluarga lelaki tu faham tapi lelaki tu macam marah gak kat aku. tah la, memang aku salah pun. sepatutnya, dulu aku tegas kalau tak nak.
lepas tu, aku & ezane pun kawan balik tp kawan biasa je. 6 bulan kemudian barula kami bercinta balik. masa tu, aku tgk ezane btul2 komitment dgn hub kami. tp aku tak nk mengharap sgt, takut frust lg. aku betul2 percaya pada ezane masa dia p jumpa mak aku. masa 2 dia bgtau mak aku yg dia serius dgn aku.
Jun 2007, kami bertunang dan pada 15 Oktober 20007 iaitu Hari Raya Ketiga kami berkahwin. sekarang ni, kami dh ada seorang cahya mata yg manja.
Apapun, aku bahagia dgn pilihanku dan aku harap kami akan berbahagia bersama hingga akhir hayat.