Cuti ni aku balik perak dan kelantan. perak rumah mak aku dan kelantan pulak rumah suamiku. aku ni syok nak balik kelantan kerana nak pi beli barang. yela, barang-barang di sini semua murah dan menarik. tapi yang tak syoknya, suamiku ni tak nak pi tempat yang sesak dengan orang. katanya kasihan kat Syasya panas. tah la, tapi aku nak juga membeli barang. tapi bila pk-pk, betul gak. sekarang ni penyakit H1N1 semakin merebak. takut gak. dalam hati aku teringin nak pi Pasar Siti Khadijah dan Wakaf che Yeh kerana banyak baju dan kain tudung. tah la.

apapun, selamat bercuti kepada semua guru-guru sekolah dan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN.



Fuh, syok betul Syasya main jongkang-jongkit ataupun dipanggil ' coknget-cakdong' dalam loghat kelantan. masa abahnya bawak ke taman dalam kawasan kip tu, dia mula menjerit gembira. macam tak sabar-sabar nak main. tengok la gambar tu, siap mulut muncung lagi menandakan dia main dengan penuh perasaan. ehhh, anak dara sorang ni bab main nombor satu. tu tak boleh jalan lagi. bila boleh jalan, mesti dia pi main sendiri la kat taman tu. sekarang ni, bila mama dan abah free je boleh bawak main di taman tu. apapun. selamat bermain la syasya. mama sayang syasya.



Seronok betul aku tengok gelagat Syasya ni. yela, masa tu aku tengok tv. tiba-tiba Syasya merangkak ke arah buai Adam. masa tu, Adam tengah tido dalam buai. yang Syasya ni pulak, mungkin terlampau rajin kot, dia pun buai Syasya. yang aku nak gelakkan, dia kan rendah. masa nak buai Adam, buntut dia naik turun. yela, sambil buai Adam, dia nak tengok Adam dalam buai. eeeee, Syasya ni,lawak betul. dia tolong buai Adam ni dengan penuh khusyuk. harap-harap bila Syasya ada adik nanti, rajin macam ni la. tolong jaga adik Syasya ye.




Ni la sekolah yang aku pi melawat. aku pi melawat kerana aku GPM di sekolah aku. lawatan ni anjuran PKG Kuang. jadi, semua GB an GPM di sekolah zon kuan pi melawat SMK Trolak. sekolah ni menang sekolah harapan negara. sekolah ni memang cantik. tahniah.


Pada 14 Julai 2009, genaplah usia syasya setahun. aku dan suamiku sambut birthday syasya dengan sederhana sahaja. aku belikan syasya gaun dan suamiku belikan kek untuk syasya. lagipun bagi kami buat apa sambut besar-besaran. syasya bukan tahu apa-apa pun. kami rasa gembira tengok syasya dah setahun. dia dah boleh merangkak, faham apa yang kami cakap dan panggil kami 'mama' dan 'abah'. cuma syasya ni tak boleh berjalan lagi. tak pe la, tunggu jela. lagipun kata orang, budak yang cepat tumbuh gigi, lambat jalan. syasya masa umur 6 bulan dah tumbuh gigi. mungkin sebab tu lambat jalan. tak pela, yang penting dia dah boleh berdiri.
ni la suasana masa harijadi syasya. ni gambar dia dengan adam iaitu anak kakak suamiku. mereka beza 5 bulan tapi adam lagi besar dari syasya.
ni pulak , gambar syasya dengan abah. abah syasya ni bagitau, perempuan yang paling dia sayang adalah anak perempuannya iaitu syasya. aku ni dah jadi perempuan kedua yang dia sayang. sabar jela.
ni pulak kenangan kami bergambar. kebetulannya, ari tu aku ada tusyen, jedi aku ajak la izzahayati, alia dan aina untuk makan kek harijadi syasya.

apapun, kami berharap syasya akan jadi anak solehah, baik, sopan santun, rajin, pendai dalam pelajaran dan berjaya dalam hidup tanpa melupakan ibubapanya. amin.



Syasya dengan abah dan amar tengah posing dalam walker. tersengih-sengih syasya kalau bab bergambar. yela, manja dengan abah.
ni pulak syifa dengan abangnya amar. amar ni baik dan sayang kat adiknya syifa. gambar ni masa umur syifa n syasya dalam 9 bulan. nanti besar syasya n syifa kawan elook-elok ya.




Geram betul aku tengok syasya pakai tudung. g\comel. dengan ppinya yang tembam.......hehe. mama harap anak mama ni bila besar jadi anak yang solehah. amin.



mama dan abah belikan syasya walker. ni kerana nak ajar syasya berjalan. kata orang, bila baby diletakkan dalam walker, ia akan melatih kaki baby kuat. jadi, ini akan memudahkan mereka berjalan. syasya ni masa dalam walker aktif betul. kejap dengan walker ni dia pi dalam bilik, dapur n semua tempat. bagi aku, bila ada walker ni senang sikit, bila aku nak buat kerja rumah seperti masak, syasya ada di samping aku dalam walker. jd, tak bimbang la dia main benda bukan2 kerana dia ada depan mata. harap-harap syasya cepat jalan ye.



Tengok la aksi syasya ni, gedik betul. syasya suka buat aksi macam-macam. kadang-kadang mama dan abah syasya tak tahan gelak. makin besar, makin banyak yang dia belajar. tepuk tangan, jelir lidah, buat macam orang geram dan yang paling syok sekali bila dia mula menyebut perkataan 'mama' dan 'abah'. tapi syasya ni tak ada selera nak makan sangat, tu yang bimbang sikit. takut dia kurang berat, bahaya pulak untuk pembesaran dia. apapun, anak mama ni cepat-cepat besar ye.



Syasya masa ni lebih kurang 9 bulan. dia dah boleh merangkak. em, sekarang ni aktif betul dia. tak menang tangan nak jaga dia. yela, asyik ke hulu hilir. bimbang gak takut jatuh. mata pulak suka tengok tv. ni la masa yang paling penting nak kena jaga betul2.



Syasya masa ni baru nak belajar merangkak. masa ni dia berumur lebih kurang 8 bulan. syasya ni kalau bab bergambar, suka betul dia. siap tersenyum lagi. bila aku balik kerja, tengok dia senyum, hilang penat sikit. syasya ni manja sangat la, asyik nak berkepit dengan mama je. love u syasya.