Hari ini iaitu 15 Oktober 2009 merupakan ulangtahun perkahwinan kali ke 2. jadi tahun ni genap 2 tahun usia perkahwinanku. ingat lagi pertemuan pertama aku dengan suamiku iaitu 8 Mac 2005. masa tu aku kena pergi temuduga pengesahan perlantikan di Putajaya. masa tu la kami berkenalan. setahun kami berkenalan, kami bercinta. Jun 2009, kami bertunang dan 15 Oktober tahun yang sama.

harapanku kini, hubungan kami akan bahagia selamanya. sekarang ni kami bahagia sangat. terutamanya dengan kehadiran syasya haziqah.


Pada 12 Oktober hingga 14 Oktober, aku kena menghadiri Kursus Pengurusan Bahan digital dalam p&p di Institut Bahasa Antarabangsa. fuh, kebanyakkan yang datang adalah Guru Perpustakan & Media. semuanya lebih kurang 25 orang. kami semua dari daerah Gombak. mula2 bila aku dapat surat pada jumaat sebelum tu, pening gak aku pk nak pegi dengan apa tapi nasib baik kawan aku call iaitu Kak Suzi dan kata aku boleh tumpang dia. lega hatiku. terima kasih k.suzi.

pada hari pertamaku hingga hari ke tiga kursus tu, fuh aku rasa seronok sangat. yela, aku diajar membuat powerpoint yang mengandungi vidoe. kami diajar macam mana nak ambil sebahagian daripada vcd untuk dimasukkan dalam movie marker. kami juga diajar nak buat video. banyak la kami belajar. semua tu menarik minat aku nak mendalaminya. aku ni, bab menggunakan komputer aku syok je. yela, aku boleh buat video aku sendiri. aku kalau kursus yang dapat menambah ilmu aku seperti bahan digital ni, aku minat sangat.

bila kursus ni, aku dapat hilangkan semua tension semasa berada di sekolah. aku tenang sangat dan asyik nak belajar buat video sendiri. harap2 ilmu yang aku dapat tu akan aku ingat sebab aku ni nak try buat untuk sekolah aku dan diri aku. aku dah plan dah nak buat video pasal aktiviti sekolah dan video anakku syasya la.

selama 3 hari ni dapat la aku siapkan satu video untuk syasya yang mengandungi video dan gambat syasya. En Sulaiman iaitu pensyarah yang mengajar aku pun kata 'ok' moviemaker yang aku buat mengenai syasya.

tapi sepanjang kursus ni, aku tak boleh lupa satu peristiwa yang berlaku kat aku. pada hari kedua kami kursus, aku dan kawan2 perempuan lain masuk awal dalam lab. apa lagi, bila nampak komputer aku pun mula la projek aku nak siapkan movie marker aku. aku ni nak masukkan lagu dalam movie aku tu. jd aku pun pakai headphone. kejap lepas tu, kak Hanim yang disebelah aku tanya aku pasal nak buat movie tu. aku pun ajarla dia. pastu dia tanya aku lagi, aku tak dengar aku pun cakap 'hah!!!'. kejap tu, aku tengok semua orang gelakkan aku. aku pelik tapi tiba2 aku baru teringat aku tengah pakai headphone, sebab tu la aku tak dengar. yang tambah lucu lagi, kak hanim pun pakai gak headphone. jd kami sama2 tak dengar. jadi, bila kami perasan benda tu, kami pin buka headphone, apa lagi kami pun gelak lajuga. hehe, malu besar aku dengan kak hanim. nasib baik budak lelaki tak ada, kalau tak habis la kami.
sekarang ni, bila aku ingat benda tu, aku pun gelak sorang2. yela, kami berdua cakap kuat2 sebab tak dengar sedangkan telinga tersumbat dengan headphone....hehe.
ni la gambar kenangan aku semasa berkursus ni. syok kursus ni.
ni pulak kawan - kawan yang berkursus bersama-sama aku.
semasa kami berkursus di IBA tu, kebetulan ada pameran mengenai negara Jepun. jadi alang-alang aku lalu, aku tumpang gak tengok sikit. aku tengok mereka di ajar cara buat sushi, bestnyer tapi aku ni tak reti makan sushi. aku gak tengok ada orang belajar pakai kimono dan lain2 lagi. apapun, ok gak mengetahui serba-sedikit mengenai kebudayaan negara lain.



Emm, lama tak update blog ni. yela busy sangat. kerja di sekolah sebagai GPM memang banyak. lagipun aku baru jd GPM, jadi banyak yang tak tau. tah la, tahun ni la merupakan tahun yang paling sukar sepanjang kerjaya aku. lagipun sebagai seorang isteri dan ibu, kat rumah aku kena bagi tumpuan pada mereka. tah la........sabar jela.

okay la, tak nak cite pasal sedih, nak cita pasal benda hapy je.

tahun ini, aku raya di perak, rumah mak aku. tahun ni raya tak syok sangat kerana Along raya diklaantan rumah suaminya. jd boring la sikit. tapi apapun aku dapat raya dengan mak aku. yang paling syok masa nak raya ialah aku sibuk pk baju syasya ni. baju kurung yang aku tempah untuk raya 2 pasang dia tak siap, nasib baik ada baju yang tak pakai lagi. sebelum ni, aku pun dah tempah 2 pasang baju kurung untuk dia.

malam raya tu, sibuk la aku gosok baju dia dan pk mana satu dia nak pakai lu. baju kurung ke baju gaun. pk punya pk, aku rasa baik baju kurung yela kan sopan sikit. cuma tak syoknya, tahun ni kami satu family tak sedondon.

pagi raya tu, aku bangunkan syasya pagi2. aku mandikan dan pakai baju kurung untuk dia. aku ikat rambut dia. fuhhhh, comel betul anak aku ni. geram aku tengok...

apapun, pagi raya ni suamiku dan mak aku pegi solat raya pastu kami pegi beraya rumah pakcik aku. tu jela aktiviti hari raya aku. saudara tak ramai kat sini. kalau kat kelantan mesti meriah. tak cukup masa nak tawaf satu family.. tak pela..

apapun, selamat hari raya la pada umat Islam