
pada hari pertamaku hingga hari ke tiga kursus tu, fuh aku rasa seronok sangat. yela, aku diajar membuat powerpoint yang mengandungi vidoe. kami diajar macam mana nak ambil sebahagian daripada vcd untuk dimasukkan dalam movie marker. kami juga diajar nak buat video. banyak la kami belajar. semua tu menarik minat aku nak mendalaminya. aku ni, bab menggunakan komputer aku syok je. yela, aku boleh buat video aku sendiri. aku kalau kursus yang dapat menambah ilmu aku seperti bahan digital ni, aku minat sangat.
bila kursus ni, aku dapat hilangkan semua tension semasa berada di sekolah. aku tenang sangat dan asyik nak belajar buat video sendiri. harap2 ilmu yang aku dapat tu akan aku ingat sebab aku ni nak try buat untuk sekolah aku dan diri aku. aku dah plan dah nak buat video pasal aktiviti sekolah dan video anakku syasya la.
selama 3 hari ni dapat la aku siapkan satu video untuk syasya yang mengandungi video dan gambat syasya. En Sulaiman iaitu pensyarah yang mengajar aku pun kata 'ok' moviemaker yang aku buat mengenai syasya.
tapi sepanjang kursus ni, aku tak boleh lupa satu peristiwa yang berlaku kat aku. pada hari kedua kami kursus, aku dan kawan2 perempuan lain masuk awal dalam lab. apa lagi, bila nampak komputer aku pun mula la projek aku nak siapkan movie marker aku. aku ni nak masukkan lagu dalam movie aku tu. jd aku pun pakai headphone. kejap lepas tu, kak Hanim yang disebelah aku tanya aku pasal nak buat movie tu. aku pun ajarla dia. pastu dia tanya aku lagi, aku tak dengar aku pun cakap 'hah!!!'. kejap tu, aku tengok semua orang gelakkan aku. aku pelik tapi tiba2 aku baru teringat aku tengah pakai headphone, sebab tu la aku tak dengar. yang tambah lucu lagi, kak hanim pun pakai gak headphone. jd kami sama2 tak dengar. jadi, bila kami perasan benda tu, kami pin buka headphone, apa lagi kami pun gelak lajuga. hehe, malu besar aku dengan kak hanim. nasib baik budak lelaki tak ada, kalau tak habis la kami.
sekarang ni, bila aku ingat benda tu, aku pun gelak sorang2. yela, kami berdua cakap kuat2 sebab tak dengar sedangkan telinga tersumbat dengan headphone....hehe.

0 comments: