Salam tahun baru. lama dah aku tak update blog ni. yela sibuk dgn kerja. maklumlah, sesi persekolahan baru bermula. macam-macam aku nak buat tapi banyak yang tak terbuat. tah la, tahun ni rasa malas dan tak ada mood nak buat kerja. dalam fikiran ni macam-macam nak buat tapi apa kan daya. tah la, tulis lebih2 dalam blog ni bahaya, kan kawan-kawan baca nanti kecil hati pulak. lebihbaik pendam je. kalau tak tahan, luahkan je pada suami.

bila ingat kerja di sekolah ni, sakit kepala aku. kerja banyak nak buat tapi kalau sorang-sorang memang tak larat. nak minta tolong, kawan2 pun ada tugasnya sendiri. so sekarang ni, aku dah buat keputusan. kalau larat aku buat, kalau tak larat, aku buat bila larat. apapun, baru aku tau, susah nak jadi ketua.

aku ni, bab buat kerja rasanya ok tapi bab nak kreatif2 dan cantikkan PSS ini susah sikit. tak ada idea. bila ada yang kata PSS tak cantik, kecil hati gak tapi dah memang betul. cuma aku ni memang tak kreatif, bila buat sesuatu kan jadi makin tak cantik. susah pulak. cuma harap2 sepanjang tahun ini, ada la kawan-kawan yang kreatif akan menolong bagi idea dan tolong sama2 buat keceriaan PSS.

apapun, terima kasih la pada kawan-kawan yang dah tolong tu. jasamu ku kenang.


This entry was posted on 4:13 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: